Jawatan kosong guru sekolah tahfiz

Jawatan kosong guru sekolah menengah, Sekolah Menengah Arab Tahfiz Ibnul Qayyim (SMART IQ), di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Kami sekadar memanjangkan kekosongan” Jawatan kosong guru sekolah menengah tahfiz “.

Antara bidang yang ditawar adalah Fiqh, Sirah, Hadith, Akhlak, Aqidah, Bahasa Arab, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Tajwid dan Sains.

Sekiranya berminat, bolehlah memohon pada maklumat yang tertera di poster.

Panjang-panjangkan kepada mana-mana kaum keluarga dan sahabat handai yang berkelayakan dan sedang mencari pekerjaan.

Benih pokok harum manis online

Kami pembekal benih pokok harum manis di Muar Tangkak Melaka dan juga seluruh Malaysia @ Benih harumanis online. Benih harumanis kami berketinggian dia antara 1-2 kaki.

Pokok mangga harumanis semakin digilai kerana kelazatan dan kemahsyuran buah mangga harumanis yang semakin mendapat tempat dalam masyarakat kita.

Benih pokok harum manis  Benih harumanis online

Boleh whatsapp terus www.wasap.my/601158961229/b.harumanis

Tips penanaman harumanis bagi kawasan luar Perlis:

Pastikan pokok mangga haru manis ditanam di kawasan lapang dan terdedah kepada panas terik matahari.

Benih pokok harum manis

​Benih pokok mangga harumanis @ mangga harum manis untuk dijual berketinggian dia antara 1-2 kaki @ #AqilAdliAgro:

Semenanjung RM40 x 2 pokok + pos


——————–
Sarawak RM40 x 2 pokok + pos

——————–

====================

Jom kita baca petikan daripada wikipedia berkaitan mangga harumanis

==========================

 

Harumanis atau arumanis ialah sejenis kultivar mempelam yang ditanam di Indonesia dan Malaysia. Di Malaysia, buah ini sinonim dengan negeri Perlis. Digelar harumanis kerana ia mengeluarkan aroma yang harum dan rasanya yang manis. Isinya yang tebal kekuningan serta rasanya yang enak dimakan bersama pulut sebagai salah satu sajian tradisi di negeri Perlis. Ia juga enak dimakan begitu sahaja ataupun diproses dalam bentuk jus atau jem.

Kawasan pertanian di Bukit Bintang dan Sungai Batu Pahat merupakan kawasan pengeluar utama mempelam jenis ini di Malaysia. Keluasan penanaman mempelam adalah 1,000 ekar dan hasil pengeluaran tahunan adalah antara 300 hingga 500 tan. Pusat ini juga merupakan pusat jualan mempelam harumanis.

Buah harummanis mahal kerana permintaan melebihi pengeluaran, perlu penjagaan yang sangat rapi dan kualiti buah itu sendiri

harga harummanis pada tahun 2014 antara RM23 – RM26
harga harummanis pada tahun 2015 antara RM25 – RM27
harga harummanis pada tahun 2016 antara RM30 – RM40
harga harummanis pada tahun 2017 antara RM50 – RM60

 

Teknologi benih harumanis sepanjang tahun

Musim mempelam harumanis adalah pada bulan April dan Mei pada setiap tahun, selama hanya sebulan atau sebulan setengah. Kini dengan teknologi yang telah dijalankan oleh Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), mempelam Harumanis mampu mengeluarkan buah sepanjang tahun dengan menggunakan kaedah penanaman di bawah struktur perlindungan hujan. Kajian percubaan pengeluaran mempelam Harumanis sepanjang tahun telah dijalankan sejak tahun 2011 sehingga kini di bawah Prof. Madya Dr. Mahmad Nor bin Jaafar dan dikawal selia oleh En. Ahmad Azudin Bin Nordin dan En. Hishamuddin bin Che Mat.

Benih harumanis online

Untuk maklumat lanjut berkenaan teknologi rumah hijau harumanis tersebut anda boleh melayari laman sesawang di https://insat.unimap.edu.my

Tuisyen anak seawal darjah 1

Adakah tuisyen untuk anak wajar diberi seawal darjah 1 ? Kebelakangan ini, ramai ibubapa era millenium yang ghairah untuk menjadikan anak mereka bijak pandai pada usia yang muda.

gambar sekadar hiasan

Namun persoalannya, wajarkah anak sekecil darjah satu dihantar tuition dek kerana belum pandai membaca dan mencongak 1+1 ?

Ibu bapa lumrahnya mahukan anak yang pandai dan cemerlang dalam pelajaran. Tapi anak kecil memang dijadikan Allah lumrahnya bermain. Sayangnya mereka diberikan tekanan beban melampau untuk belajar sampai pandai, walhal zaman kanak-kanak mereka direntap dan ditidakkan oleh kerakusan ibubapa yang mahukan anaknya pandai melangit.

Banyak perkara yang dilangkah (skipped) dalam hidup mereka kelak. Mereka melalui proses pembelajaran secara semulajadi dengan alam, rakan sebaya serta ahli keluarga.

Kami bersetuju dan kagum dengan poin yang diberikan Dr. Azizul Azli Ahmad. Boleh follow beliau di facebook untuk pelbagai tips percuma, khususnya berkaitan pelaburan hartanah.

 

==========================

#TabungAnak

FITRAH ANAK ITU BERMAIN

1. Hari ini impian mak ayah semakin menggila, anak seusia tahun dua sudah diajar ke tusyen segala.

2. Anak kecil ini terlena ditangga tusyen sebab mak ayahnya lambat ambil.

3. Saya yang lihat rasa nak menangis pun ada. Hati kita dimana?. Saya benar benar terluka melihat sikap ayahnya.

4. Pagi sekolah agama, petang sekolah vernakular dan malam tusyen segala. Kita nak dia jadi Profesor? atau Menteri serba guna?

Ibubapa yang mulia

5. Fitrah anak itu bermain, berkawan dan bercerita. Bukan belajar sepanjang masa.

6. Zaman ketawa, menangis, mengusik adik, kotorkan baju dan kasut sekolah itu mesti ada.

Zaman makan aiskrim, beli jajan, tangkap kucing, naik basikal, mandi kolam, kejar anjing itu wajib ada.

7. Jangan rosakkan zaman emas mereka dengan belajar dan hilangkan senyum ketawa dimuka.

8. Semua ibubapa nak anaknya berjaya tetapi jangan jadikan anak kita ‘trophy’ yang kita boleh banggakan waktu cerita dengan kengkawan di tempat kerja.

9. “Anak aku semua masuk smart reader, khalifah, smart kids segala bagai”. Apakah kita nak anak kita jadi bijak pandai seperti menteri itu?

10. Takut sangat anak gagal dan tidak cemerlang, pandai sangatkah kita dulu hingga nak anak hebat begitu?

11. Bila anak tidur, lihatlah wajah mereka. Letihnya mereka dengan sistem pendidikan yang ada, yang berubah sepanjang masa.

12. Kita selalu kata, “anak tak pandai pun tak mengapa, yang penting solatnya terjaga”.

Tetapi bila tak dapat cemerlang tahun dua dah hantar tusyen sampai tidur atas tangga.

Jangan jadi ibubapa yang hilangkan senyum ketawa anak dimuka mereka.

Cuti ini bawaklah mereka bermain bagi kembalikan senyum dan ketawa. Fitrah anak anak itu bermain kengkawan, jangan bunuh jiwa mereka

Azizul Azli Ahmad
Abah Aqilah kacak

(Aqilah cakap kawannya pegi tusyen malam malam dan hari nie saya nampak )Fitra

 

====================

Jom kita layan lagu Pencuri (dari darjah satu) Mark Adam

Jom kita layan lagu Pencuri (dari darjah satu) Mark Adam