Tips hutang berniaga ketika gawat

Lumrah bila berniaga mau untung. Mau untung banyak perlu kembangkan perniagaan. Mau berkembang perlukan modal. Alamak modal tak kuat, pergi bank, cari loan.

image credit : wonderfulmalaysia.com

Itu situasi biasa yang kita jumpa dalam ‘nature of business’, lumrah perniagaan. Namun tak ramai yang betul-betul boleh berjaya menangani hutang bila bisnes tak menjadi seperti yang diharap.

Jom kita baca tulisan Saiful Nang perihal berniaga dan hutang terutama ketika zaman ekonomi gawat.

————————

SURVIVAL PERNIAGAAN SEMASA EKONOMI SEJUK NAK MENINGGAL.
Saya menulis ini kerana terpanggil apabila satu-satu kawan-kawan saya yang berniaga mula tumbang dek kerana kelembapan ekonomi yang dapat dirasai bermula pertengahan tahun ini.
Sebahagian rakan saya dalam industri Oil & Gas tersungkur. Ada yang yang nasib baik sempat ada saving banyak semasa gaji semua pakai USD dan projek tak putus-putus lalu mereka melabur dalam perniagaan lain. Ada pula yang terduduk terus sampaikan Toyota Vellfire dibuat jadi Uber kerana nak menampung bayaran bulanan. Ketika ekonomi rancak, bank semua ketuk pintu beri mereka pre-approved loan. Semasa zaman lembab, pergi bank pun mereka dah tak pandang. Buat loan kalau datang dari O&G memang kena letak KIV.
Semasa ini, yang buat mereka tersontot dalam kewangan keluaga dan diri ialah bebanan hutang.
Yang buat berniaga, buka butik Muslimah kemudian meletup-letup viral. Sebelum raya siap engage artis bayar sampai setengah juta jadi duta kemudian Bangla tak siapkan tempahan jahitan, kain dari pengimport lambat sampai sehingga tempahan dari agent dan stokis jadi delay dan banyak pula terpaksa refund beratus-ratus ribu sehingga menanggung rugi berjuta. Semasa mereka lihat berniaga itu ada potensi, mereka lupa melihat ke atas langit dah mula mendung awan dah mula berkumpul. Payung perlu disediakan dan kena mula kurangkan bermain di luar.
Dengan pinjaman juga mereka bayar artis, dengan pinjaman mereka buka cawangan. Tidak best lah jika cawangan hanya ada HQ sahaja macam Saiful Nang, mesti nak kena ada bercawangan-cawangan supaya orang lihat itu sebagai kejayaan.
Akhirnya, bila ekonomi merudum dan hutang pula perlu dilangsai, masa itu baru tahu cawangan yang dibuka pula perlu ditutup satu persatu.
Ada sebahagian pergi ke seminar gegak gempita tentang pemasaran cerdas yang mengajarkan untuk berbelanja untuk penjenamaan dan pemasaran (Ya sangat setuju) dan kemudian ambil kemudahan bank supaya perniagaan yang ada boleh dikembangkan dengan cepat.
Maaf semua, saya mungkin tidak sehaluan dengan anda yang befikir seperti itu atau seperti mentornya. Saya berniaga melangkah dari 1 kepada 2 kemudian 3 dan seterusnya. Tidak skip anak tangga sampai risikonya jatuh ke tanah sendiri. Saya tidak percaya steroid untuk buat kita kuat dengan cepat tetapi merisikokan diri tetapi saya percaya kepada usaha yang berterusan tetapi selamat.
Pada tahun 2000 saya memohon kad kredit pertama saya dengan Citibank dan Maybank. Maybank yang menjawab paling pantas tetapi jawapannya ialah “Maaf incik, permohonan incik gagal” dan seterusnya Citibank juga memberikan respond yang sama. Selepas bisnes dah besar, saya tak applu pun mereka telefon memujuk kemudahan itu dengan had kredit yang kita suka, mereka akan cuba dapatkan. Apeni?
Dulu apply kad kredit kononnya, nak beli sebuah PC untuk mulakan berniaga.
Gagal.
Masuk pula program-program oleh Bank Pembangunan ketika itu dan MARA untuk pelbagai skim untuk mendapatkan pinjaman. Juga tidak masuk ke jiwa bila melihat pembimbing usahawan yang konon nak membantu usahawan dan dia yang paling banyak cakap macam tahu semua tapi semuanya nonsense. Bila bercakap, nampakkan kebodohan kerana mereka bukan orang berniaga. Proposal kita semua mereka akan buat macam mereka pakar sedangkan mereka hanya nak tunjuk kepada superior mereka yang mereka ada buat homework sikit.
Bagus juga ketika itu hilang percaya kepada pinjaman lalu saya tutup terus pintu kepada sebarang pinjaman. Saya percaya, apapun kita lakukan biar kita melangkah dari bawah.

Sehingga hari ini dengan modal hanya RM90 ketika awal dahulu di tahun 2004 dengan 2 kali kejatuhan perniagaan pada tahun 2002 dan 2004. Lalu saya bangunkan apa yang ada secara berdikit-dikit tanpa pinjaman bank atau pinjaman dari orang. Cuma pinjam kamera kawan selama sebulan sehingga kamera pinjam itu dapat saya gunakan untuk memulakan perniagaan dan selepas sebulan saya mampu beli kamera sendiri.

Ketika itu saya belajar, nak beli apapun…kemampuan ialah apa yang ada dalam tangan bukan apa yang boleh dipinjam. Kegawatan tahun 2009 ketika itu saya masih seorang fotografer dan ketika itu juga saya lihat kawan-kawan saya gulung tikar. Kebanyakan kerana bebanan hutang yang tak tertampung. Semasa senang, beli kereta mewah guna maksimum term 9 tahun. Baru bayar tak sampai setahun, job semakin kurang. Hutang bank rakyat untuk mula berniaga pun nak kena dibayar. Akhirnya balik semula kerja tetap dan bayar hutang sikit-sikit sampai sekarang masih ada yang belum habis kerana kena strukturkan pembayaran guna AKPK. Surat Jabatan Insolvensi pula datang bertandang.

Saya survive kerana tidak ada hutang banyak (ada juga sikit cuma bearable)…maknanya, saya juga tidak kebal dengan godaan salesman kereta. Nasib baik ambil kereta loan 5 tahun. Lepas tu dah menyesal. Tapi ketika 2009, semua boleh handle dan kemudian selepas 2009, syarikat mula berkembang kepada beberapa perniagaan lain yang bukan dalam industri kreatifpun.

Dan tahun ini, saya lihat pattern perniagaan tumbang berlaku lagi. Kebanyakan kerana hutang. Bila bertemu dan berbual dengan rakan-rakan pemilik perniagaan, yang berdiri teguh lagi ialah mereka yang tidak berhutang. Jika jualan tidak sampai RM100k sebulan untuk butik pakaian mereka pun, mereka tetap gembira kerana tiada tanggungan besar untuk membayar hutang orang.

Dalam keadaan gawat, ada pekerja boleh juga diberhentikan. Ada tanah, boleh juga dijual tetapi ada hutang…pergi manapun dia akan kejar. Hidup siang tak senang, hidup malam tidak tenteram.

Jangan layankan tamak. Jika ikutkan tamak saya…banyak perniagaan yg ada di tangan sekarang ini jika ada suntikan barang 10-20 juta akan terus mencanak naik. Tapi jangan lupa…dia juga boleh mencanak turun menjunam dan terbenam.

Panjang dah saya tulis, bukan orang nak baca pun. Nasihat saya yang bukan seorang motivator keusahawanan ini, jauhi HUTANG samaada hutang yang Islamik ataupun tidak kedua-duanya sebenarnya sama macam pokemon. Datang bila senang, terajang bila susah.
Dalam perniagaan, yang penting hati tenang dan senang. Jika hutang keliling pinggang nak tenang macammana bila hasil belum masuk sudah jadi milik orang.
Tahniah jika anda berjaya baca sampai sini.
Sekian
SAIFUL NANG

Pakar Ekonomi #1 Pulau Sebang, Tampin.

Facebook Comments

Pembekal daging burger bakar Muar Tangkak

Kami di MuhasabahTrading dot com sebuah syarikat bumiputera Muslim, adalah pembekal patty daging burger bakar Muar Tangkak berjenama Syoknya Ummi.

 

Kami juga membekal daging perap kambing ‘lamb chop’ dan juga ayam perap ‘grill chicken chop’.

Sekiranya anda ingin mencuba dan merasai hidangan sedap dan enak dengan cara pantas, bolehlah mencuba produk Patty burger bakar  Syoknya Ummi ini di Coconut Shake Luar Biasa Tangkak Muar (rujuk peta di bawah):

 

Hubungi kami melalui contact form atau whatsapp 103-765 9294 / 018-779 1008.

 

Berminat untuk pendapatan yang lumayan dengan bisnes burger, boleh rujuk Panduan Bisnes Burger.

Facebook Comments

Menu penuh Coconut Shake Luar Biasa CSLB

Berikut adalah senarai menu penuh Coconut Shake Luar Biasa Tangkak Muar.  menu coconut shake luar biasa muar tangkakcslb coconut shake luar biasa

WAKTU OPERASI:
… 12 tengahari – 6.30 petang (cuti setiap Jumaat)

Untuk sebarang pertanyaan atau order, boleh hubungi kami melalui talian (whatsapp): 

www.wasap.my/60187791008/CoconutshakeBurger

Scroll bawah untuk cara order.

 

Menu burger bakar Muar Tangkak

Set #1 – Burger bakar daging + coconut shake luar biasa + fries

Set #2 – Burger bakar ayam + coconut shake luar biasa + fries

Set #3 – Burger bakar daging double cheese double + coconut shake luar biasa + fries

Set #4 – Burger Hot and Crispy chicken + coconut shake luar biasa + fries

Set #5 – Burger KL tower + coconut shake luar biasa + fries


Set #7 – Burger Shanghai Tower + coconut shake luar biasa + fries

Set #8 – Grill chicken chop + coconut shake luar biasa + fries

 

Menu burger bakar Muar Tangkak

 

 

 

 

Menu cendol durian Muar Syoknya Ummi.

Cendol sedap di muar

 

Menu popia goreng dan durian goreng (panas kami hentikan buat sementara, hanya versi frozen sejuk beku sahaja yang ada)

 

Nasi ayam penyet sedap Muar

Nasi ayam penyet (1/4 ayam) …… RM7.00
Cendol Durian ……………………….. … RM6.00

Nasi ayam penyet Muar

 

Roti John Cheese Tarik:

Roti john cheese tarik muar

Pertanyaan / order:  +6018-779 1008 

#FoodDelivery #MakanSini #Tapau

MENU PENUH (KLIK SINI):

Sila like >>> Coconut Shake Luar Biasa -Muar-Tangkak

==========================
WAKTU OPERASI:
… 12 tengahari – 6.30 petang (Jumaat cuti)
==========================
HOT >>> http://www.muhasabahtrading.com/soffi-jikan-perfume/

==========================

Alamat: Tiang Letrik MRTK B6, KM7, Parit Bunga, 84000 Tangkak.

MAPS: https://goo.gl/maps/k7UuxibU78o

GPS: 2°05’37.0″N 102°33’05.0″E

… dari arah Muar menghala ke Tangkak, akan jumpa masjid Parit Bunga, Kedai barangan terpakai dari Singapura, gerai buah, Asam Pedas MAK USU, kedai signboard, kedai runcit, kedai buah, dan barulah tempat kami di sebelah kiri jalan. Akan nampak banner Syoknya Ummi

….. dari Tangkak / Bukit Gambir, akan jumpa pekan Sg. Mati, pekan Rawang, Parit Ponorogo, Surau batu 4 (parit Bunga) dan S.P.A.D. 300meter selepas itu akan jumpa tempat kami di seblah kanan jalan.
===========================

SYARAT PENGHANTARAN:

1. Minimum order (FREE DELIVERY) untuk penghantaran adalah:

*RM20 (<3km) untuk kawasan Parit Bunga, Tg. Agas, dan mana-mana kawasan yang kurang daripada <4km daripada tempat kami https://goo.gl/maps/k7UuxibU78o

*RM30 (<6km) untuk Kesang, Rawang, Tg. Gading, dan mana-mana kawasan yang kurang daripada <6km daripada tempat kami https://goo.gl/maps/k7UuxibU78o

*RM40 (<10km) bagi kawasan Muar sehingga sempadan AMJ, Sg.Rambai, Serom 1-4, KKTM Serom, sg. Mati, Sg. Abong, Bakri batu 1 – Bakri batu 3 dan mana-mana kawasan yang kurang daripada <10km daripada tempat kami https://goo.gl/maps/k7UuxibU78o

*RM50 (<12km) bagi kawasan Serom 5 – 6, Kawasan Perindustrian Bukit Pasir , Pekan Bukit Pasir, Bakri batu 4 dan mana-mana kawasan yang kurang daripada <12km daripada tempat kami https://goo.gl/maps/k7UuxibU78o

*RM60 (<15km) kawasan Serom 7 – 8, Parit Bakar, Bakri batu 5, dan mana-mana kawasan yang kurang daripada <15km daripada tempat kami https://goo.gl/maps/k7UuxibU78o

*RM70 (<20km) untuk KMJ (Kolej Matrikulasi Johor), Bukit Gambir, Tangkak, Bakri Batu 6, Politeknik Merlimau, Merlimau, Parit Jawa, UTHM Pagoh Jaya, IKBN Pagoh Jaya. dan mana-mana kawasan yang kurang daripada <20km daripada tempat kami https://goo.gl/maps/k7UuxibU78o

*RM90 (<30km) untuk Pagoh, UiTM Jasin, Gerisek Muar, Sagil , Bukit Naning dan mana-mana kawasan yang kurang daripada <30km daripada tempat kami https://goo.gl/maps/k7UuxibU78o
====================================

2. Cara order:

-NAMA SET x JUMLAH
contoh: #2 x3
#5 x1
#8 x2
-Nama anda
-Alamat
-Waktu penghantaran

Sila order menggunakan:

WhatsApp / Call / SMS:
+6018-779 1008
===========================

3. Penghantaran akan sampai ke tempat anda di antara
1 – 2 jam selepas order diambil. Ini bagi memastikan
makanan dimasak dengan sempurna dan juga mengambil
kira bilangan order dan tempoh perjalanan.

4. Kami berhak membatalkan tempahan atas faktor-faktor kehabisan bekalan bahan mentah, atau pun faktor lain yang tak dapat dielakkan. Anda akan dimaklumkan tentang pembatalan selewat-lewatnya 1/2 jam selepas order.
==========================
PENAFIAN: Gambar tertera tidak 100% tepat seperti hidangan sebenar. Ia adalah sebagai gambaran ilustrasi untuk menyampaikan maklumat setiap menu.

Facebook Comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...