Nasi Goreng Ayam belakang Coro SMSJ

Nasi goreng ayam belakang Coro NGABC (panggung wayang lama Coronation) merupakan “makanan keramat” bagi kami sewaktu bersekolah asrama di SMSJ Kluang, era tahun 90an.

Nasi goreng ayam belakang coro smsj kluang

Pada kami, nasi goreng ayam ini memang sangat sedap dan mengembalikan nostalgia.

Mengapa?

Selama 5 tahun kami bersekolah, hampir setiap kali “outing”, nasi goreng ayam belakang coro ini pasti menjadi destinasi menjamu selera.

Untung bagi mereka yang ada abang atau kakak angkat kerana adik angkat akan mendapat “hasil” setiap kali outing mereka pada hari Jumaat / Sabtu. …..Oh, rugi sungguh tak ada yang sudi angkat admin dulu 😂

Tidak dapat dipastikan sejak bila trend NGABC ini dan bilakah ia berakhir. Namun, yang pasti majoriti Alumni SMSJ era 80an – 90an pasti akan berkunjung ke sini bila berkunjung ke Kluang.

 

..

Alhamdulillah, minggu lepas kami sempat berkunjung ke Medan selera MPK jalan Panggung Wayang dan merasai kembali NGABC di gerai Pakcik belakang coro (gerai makan Ezman) setelah 25 tahun meninggalkan alam persekolahan.

Kedai pakcik belakang coro

Rasanya masih kekal sama seperti dulu tetapi yang paling menarik adalah harganya, iaitu hanya serendah rm3.50 untuk nasi goreng ayam di bandar Kluang. Memang murah dan puashati. Cuma pembungkusan sudah berubah, tidak lagi menggunakan kertas suratkhabar (yang ini part nostalgia).

Sebagai rujukan, untuk bekas pelajar SMSJ era kami (80an dan 90an), berikut adalah alamat Nasi Goreng Ayam Belakang Coro (kedai pakcik belakang coro) :

Gerai Makan Ezman,
No 3, Medan Selera MPK,
Jalan Panggung Wayang,
86000 Kluang,
Johor.

Berikut pula adalah peta lokasi Nasi Goreng Ayam Belakang Coro pada Google maps , klik sini.

 

Facebook Comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

One thought on “Nasi Goreng Ayam belakang Coro SMSJ”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge