Gambar lama jambatan Muar roundabout

 

 

gambar lama bandare muar jambatan

Sedang membelek-belek koleksi gambar-gambar dalam hardisk, terjumpa sekeping gambar lama bandar Muar, betul-betul di roundabout (bulatan) turun jambatan.

Penulis sempat merasai laluan ini, sebelum ia ditukar sepenuhnya kepada lampu isyarat.

Sungguh menggamit memori teringat zaman kanak-kanak menaiki bas sangkut-sangkut dari Parit Bunga ke bandar Muar.

Cepat masa berlalu, sungguh pantas ia meninggalkan kita tanpa menoleh ke belakang. Zaman berubah, pembangunan pesat dan kemodenan menelan seribu satu kenangan.

Hanya sekeping gambar menceritakan segalanya. Tanpa kita sedari, satu persatu ahli keluarga, sahabat dan kenalan terdekat pergi meninggalkan kita. Juga satu petanda buat kita, di mana masa kita juga akan tiba satu hari nanti.

Buat anak-anak, isteri, keluarga, sahabat dan para pembaca sekalian yang budiman, maafkan aku kiranya ada salah dan silap. Kita semua manusia tak dapat lari daripada kesalahan dan dosa.

 

“Yesterday is history, tomorrow is a mystery, and today is a gift… that’s why they call it the present”

― Master Oogwa (Kungfu Panda)

Facebook Comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge