Sedekah je kak, dapat pahala

Waktu ketika itu baru meremang senja, cahaya mentari di kaki langit masih lagi berbaki jingga. Sekonyong-konyong muncul sebuah kereta berlambangkan huruf “H” menghimpit ke bahu jalan perlahan-lahan ┬ádan terus berhenti di sebelah gerai durian Najwa.

Turun sepasang manusia, ibu dan anak lelakinya yang di ambang hujung 20an. Si anak mula membuka bicara, “ioi ni berapa sekilo kak?”

Durian murah Tangkak 2020

RM18 je sekilo, yang rm12 (gred B), dah habis orang beli.”, balas Najwa.

“Kurang sikit boleh kak, saya datang dari jauh ni,” soal si lelaki, mula tawar menawar.

Najwa bertanya, “jauh dari mana?”, tapi si lelaki diam tak menjawab. Entah betul, entahkan tidak datang dari jauh. Kadang-kadang Najwa masak dengan ragam pelanggan yang pelbagai, ada sebahagiannya kelentong macam-macam semata untuk mendapatkan durian┬áharga murah.

Najwa terus memberikan tawaran setelah soalannya tak bejawab, “oklah, saya bagi rm16 sekilo,” Najwa mengurangkan harga agak banyak, memandangkan hari dah mula malam”.

Lelaki tersebut mencelah, “murah lagi kak, rm15/kg je lah, niat sedekah je kak”.

“Tak boleh dik, saya pun kena ambil untung juga, untung singgit dua nilah yang nak besarkan anak, beli susu anak” Najwa memberikan hujah.

“Allah kak, saya pun orang meniaga, kalau macam ni saya tau modal dalam rm5 je sekilo,” si lelaki mula berlagak pandai, walhal jauh tersasar, tergelincir masuk lubang jumlah yang disebutkannya. “Niat sedekah je kak, dapat pahala”, ulangnya lagi. Saat itu si lelaki mula menceceh beberapa fakta auta untuk menegakkan pendiriannya.

Sebenarnya jika si lelaki orang berniaga, tentu dia lebih memahami selok berniaga untung rugi. Berniaga ni adatnya rugi itu pasti, untungnya belum tentu lagi.

Secara tiba-tiba Najwa mula berasa sebak sebab masih ramai pelanggan tidak memahami situasi peniaga durian sepertinya. Ada pasang surut. Ada waktu pelanggan berebut membeli hingga licin buah ioi manakala ada tika dan waktu buah duriannya tak laku sampai ke lewat malam.

Ada waktu Najwa tertidur sambil berteleku di meja menunggu pelanggan durian tak kunjung tiba.. Ada tikanya anak-anak berlari sekeliling warung cendolnya jam lewat 10 malam. Terjerit-jerit si ibu menenangkan anak-anak agar bertenang dan masuk tidur di bahagian belakang warung.

Najwa sedih sebab sebahagian kecil pelanggan berbangsa Melayu tidak memberikan sokongan moral. Kadang-kala ada juga kecaman dan tohmahan yang diterima. Itu belum lagi ditanya pelanggan harga-harga durian dari dalam kereta yang berhenti di tepi gerai (ala-ala drive tru), yang kemudiannya ‘blah’ tanpa ucapan terima kasih.

Memang asam garam meniaga durian macam ni, ada seribu satu asam-garam yang perlu ditempuh. Meniaga produk lain pun lebih kurang sama je karenah. Tapi nak buat macam mana, Najwa manusia, bukan malaikat. Ada tika hatinya tersentuh, kalau tak, takkan tengok slot drama akasia TV3 boleh menangis.

Berbalik kepada cerita lelaki berkereta jenama H. Bukannya Najwa tak bersedekah dalam berniaga, ada waktu diberikan buah durian atau rambutan tanpa dikira dan ada ketika bacaan harga lebih seringgit dua tidak dikira. Sedekah selalu dibuat tanpa menunjuk dan memerlukan keikhlasan. Tapi bukan dengan cara mendesak dan memaksa dengan meminta “amount” yang kurang rasional.

Jadi, kami menyeru bangsa Melayu dan yang beragama Islam, tolonglah support bisnes peniaga kecil seperti Pn. Najwa. Nilai setiap ringgit yang anda keluarkan, in Sha Allah akan dikitar dalam rantaian sosio ekonomi umat Islam seterusnya menaikkan darjat ekonomi kita kepada yang lebih baik. Aamiin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...