Microsleep padah sebab dan akibat

Musim perayaan Aidilfitri 2018 ini viral dengan isu microsleep, rentetan video rakaman dashboard cam yang tular, sebuah kereta myvi secara tiba-tiba memasuki arus bertentangan dan merempuh kereta yang datang dari arah hadapan. Apakah cara untuk mencegah microsleep?

Microsleep tidur ketika memandu

image kredit youtube

 

Perkongsian ini kami dapati daripada whatsapp berkenaan microsleep, tulisan asal daripada Dr Ahmad Firdaus Mohd Haris, Presiden & pengasas Medical Mythbusters Malaysia. Boleh follow facebook Medical Mythbusters Malaysia untuk info dan tips sihat yang amat berguna.

=======================

 

MICROSLEEP

Pernah tak anda alami situasi di mana anda sedang memandu kenderaan dan tiba-tiba terlelap?
Hanya seketika. Hanya beberapa saat.

Lori yang pada mulanya masih jauh jaraknya tiba tiba berada di hadapan mata.

MICROSLEEP adalah keadaan dimana badan ‘tidur’ buat seketika. Segala input dari deria penglihatan dan pendengaran tidak dapat diproses otak. Tempoh microsleep adalah antara 1 hingga 30 saat. Ia boleh berlaku walaupun mata masih terbuka. Seperti sebuah komputer, otak telah “shut down”.

Pada kelajuan 70km/h, microsleep selama 3 saat menyebabkan kenderaan menyusur tanpa kawalan sejauh 200 meter. Dalam jarak 200 meter, nyawa boleh melayang dalam sekelip mata. Bayangkan apa yang boleh berlaku apabila kenderaan dipandu pada kelajuan 100 km/h.

Seringkali pemandu memikirkan dia kebal.
“Accident berlaku kepada orang lain. Aku ada skill. Kereta pun elok.”

Keinginan untuk bersama keluarga tersayang yang terpisah buat sekian lama dijadikan motivasi untuk gagah memandu walaupun sudah terlalu mengantuk.
“Aku dah janji dengan anak – anak nak bawa mereka berjalan. Kesian mereka kalau aku lambat.”

Ada juga yang berpendapat jika kenderaan dipandu dengan laju, akan kurang mengantuk akibat kesan ‘adrenaline’ yang meningkatkan upaya ‘fight or flight’. (Fight or flight adalah sitiuasi dimana badan bersedia untuk menghadapi keadaan yang memberhayakan diri: lari atau lawan). Manakala jalan yang berbengkang bengkok seperti di Lebuhraya Karak akan menghilangkan rasa mengantuk kerana pemandu lebih fokus dengan cabaran ambil ‘corner’.

Dua fakta di atas hanya mengundang bahaya. Kesan ‘fight or flight’ hanya seketika sahaja. Sistem badan akan ‘burn out’ dan akhirnya boleh menyebabkan microsleep yang lebih lama.

Jadi, apa yang harus dilakukan?

🔺 BERHENTI.
🔺 LETAK KERETA DI TEMPAT YANG SELAMAT.
🔺TIDUR.

Tak perlu tidur lama. Lima minit cukup.
Ulang setiap kali anda mula berasa mengantuk. Berhenti berehat setiap dua jam untuk pemanduan jarak jauh.

Untuk penumpang hadapan pula, jadilah co-driver yang baik. Apabila perjalanan bermula janganlah berdengkur sahaja ataupun sumbat earphone di telinga dan layan filem Korea seorang diri. Cuba lakukan beberapa perkara ini:
1. Bawa bersembang dengan pemandu untuk elakkan rasa mengantuk.
2. Perhatikan cara pemanduan. Jika sudah mula membawa tidak mengikut lorong, tegur pemandu. Cadangkan untuk berehat seketika di stesen minyak.
3. Sekali sekala lihat paparan dashboard pemandu. Adakah pemanduan terlalu laju? Ada tak lampu – lampu amaran yang menyala? Jika ada, tegur.

Berhati hati di jalan raya. Musim perayaan telah bermula. Jangan jadikan diri dan keluarga anda sebahagian daripada statistik OPS SIKAP.

Ramadan Kareem.

Dr Ahmad Firdaus Mohd Haris
Presiden & pengasas
Medical Mythbusters Malaysia

#drafh
#microsleep
#opssikap

Aluminium punca penyakit Alzheimer

Info ini kami kongsikan daripada Unclezam, pembekal air Dr. Silica, salah satu sumber untuk pencengahan penyakit Alzheimer. Aluminium dipercayai salah satu penyebab kepada gejala Alzheimer. Ikuti perkongsian ini:

punca penyakit Alzheirmer

image credit https://www.marketwatch.com/story/investors-impatient-for-alzheimers-cure-2015-07-22

 

ALUMINIUM PUNCA PENYAKIT ALZHEIMER?

Simptom-simptom utama Alzheimer adalah daya ingatan, kekeliruan dan kemurungan. Simptom-simptom ini menandakan bermulanya kemerosotan mental. Penyakit Alzheimer dikategorikan sebagai perubahan patologi dan dalam kebanyakan kes, pengumpulan aluminium dalam tisu otak. Terdapat pelbagai jenis penyakit Alzheimer.

Air sr ailica penawar alzheimer

 

Beberapa teori mengenai punca-punca penyakit Alzheimer telah dicadangkan, dan kini sedang dikaji, termasuk faktor genetik, protein yang tidak normal, egen penyakit berjangkit, egen persekitaran seperti aluminium, bahan logam lain atau pelarut dan perubahan metabolik.

Jadi jom kita sama-sama amalkan minum Air Mineral Dr Silica Water!😍

“Mencegah itu bermula sekarang”💪

 

Air mineral dr. Silica, AIR DIIMPORT KHAS DARI JEPUN

Mineral water dr. Silika air dr. Silica

Ramai diantara kita anggap Air Mineral Dr. Silica Water ini sama seperti air mineral biasa. Tetapi sebenarnya air ini terdapat kandungan SILIKA yang paling TINGGI didunia.

Berikut kelebihan AIR MINERAL DR. SILICA WATER seperti:
✔ Baik untuk Kesihatan
✔ Baik untuk Kecantikan
✔ Baik untuk Kesihatan Mental
✔ Menguatkan tulang
✔ Mencegah Nyanyuk (Alzheimer)
✔ PALING PENTING Air mineral yang kaya dengan Silika boleh membantu mengeluarkan aluminium secara semulajadi dari otak.

Jom kita sama-sama amalkan minum Air Mineral Dr Silica Water untuk kekal sihat.

Dapatkan Produk ‘Frozen’ Kegemaran Anda & air mineral Dr. Silica water di Stokis atau agent2 berhampiran.

#drsilica #unclezam #JapanProduct #drsilicawater #alzheimer #demensia #nyanyuk #mudahlupa #otaksihat #aluminium #highestsilicacontentintheworld #silica97

 

 

 

 

 

 

Dapatkan Produk ‘Frozen’ Kegemaran Anda & Air Mineral Dr. Silica Water di Stokis atau agent2 berhampiran.

Untuk keterangan lanjut, hubungi:

www.wasap.my/60187791008/air.dr.silica

atau

datang sendiri ke stokis kami, http://farhana.unclezam.com di Parit Bunga, Muar Tangkak, Johor.

Sila check peta lokasi di bawah ini:

Penyakit akibat durian

Penyakit akibat durian. 

Di kala ini, kawasan sekitar kami, khususnya di tempat kami di Muar dan Melaka sedang hangat dilanda musim buah durian. Merata-rata boleh dijumpai gerai-gerai menjual durian. Meriah susana sepanjang sisir jalan dipenuhi penjual serta pelanggan yang melakukan aktiviti berjual beli serta tawar menawar. Yang banyak dijual di sini adalah durian kampung, durian IOI (Hajah Hasmah D168), D13, serta Musang King, raja Kunyit D197.

penyakit akibat durian

Namun begitu, dalam keghairahan menikmati keenakan si raja buah, ada perkara pokok yang perlu diambil kira, iaitu dari segi kesan sampingan buah durian kepada manusia, khusunya mereka yang mempunyai masalah buah pinggang, darah tinggi dan kencing manis.

Kebetulan kami terjumpa perkongsian daripada Penjejak Rimba,  , iaitu pandangan seorang doktor perubatan berkenaan buah durian. Jom sama-sama kita ambil manfaat daripada perkongsian beliau.

 

=================================================

 

PANDANGAN SEORANG DOKTOR MENGENAI DURIAN

Sejak seminggu dua ini, di hospital tempat saya bertugas, kami mendapati peningkatan kes-kes jantung (serangan jantung dan tekanan darah tidak terkawal), kencing manis (diabetis ketoacidosis dan paras gula tidak terkawal) yang sangat ketara. Saya sendiri selaku pegawai perubatan nefrologi (buah pinggang) menerima beberapa kes pesakit buah pinggang yang berkomplikasi sehingga ada yang terpaksa dihantar ke hospital besar, bahkan ada yang meninggal dunia.

“Makcik nak makan durian..dah sembilan tahun sejak dia disahkan menghidapi penyakit buah pinggang, dia tak pernah sentuh durian. Jadi semalam dia minta kat anak dia..makan seulas sahaja.. sedar-sedar pagi ini dah keletihan, sesak nafas, sakit dada.” ujar seorang gadis muda, sambil mengurut-urut dada ibunya yang laju.

Pesakit ini datang ke jabatan kecemasan dengan bacaan serum potassium setinggi 7.3. Rentak jantungnya (ECG) menunjukkan sinus arrest, dengan kadar denyutan jantung hanya 32 per minit. Hemodialisis kecemasan dilakukan, hanya menurunkan bacaan serum potassium untuk sementara sahaja sebelum kembali meningkat.

Beliau meninggal dunia akibat kegagalan jantung (cardiogenic shock).

 

POTASSIUM

Ada banyak jenis mineral dan garam galian yang diperlukan oleh badan manusia. Kalsium, fosfat, magnesium, potassium, sodium adalah diantaranya. Kesemua galian dan garam mineral ini, dikawal kandungan dan kuantitinya oleh buah pinggang kita. Tidak boleh terlalu kurang, dan tidak boleh terlalu lebih.

Potassium, adalah sejenis bahan galian dan unsur elemen yang penting bagi tubuh manusia. Ia bertanggungjawab ke atas fungsi otot untuk mengecut (contraction). Kekurangan potassium, dipanggil hypokalemia, contohnya disebabkan muntah atau cirit birit yang berterusan boleh menyebabkan seseorang menjadi lemah, sengal dan lenguh seluruh badan, cramping dan muscle ache (myalgia).

Terlebih potassium pula, dipanggil hyperkalemia, boleh membahayakan nyawa kerana ia mengganggu fungsi contraction otot jantung. Hyperkalemia, adalah sebuah medical emergency yang perlu dirawat SEGERA, kerana ia boleh menyebabkan cardiac arrhythmia bahkan asystole.

Bagi orang yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang, khususnya end stage yang bergantung kepada dialisis, mereka ini tidak lagi boleh menghasilkan air kencing. Tubuh badan mereka tidak lagi boleh mengeluarkan bahan-bahan kumuh yang antaranya terdiri daripada garam mineral dan zat yang berlebihan ini. Dalam kes ini, potassium.

Umum mengetahui, bahawa antara makanan yang paling banyak mengandungi potassium, adalah pisang. 100 gram pisang, mengandungi 358 mg potassium. Yang keduanya, adalah sayur bayam (spinach). 100 gram bayam mengandungi 558 mg potassium.

Namun tak ramai yang mengetahui, dua jenis buah-buahan tempatan kita sebenarnya mempunyai kandungan potassium yang tinggi. 100 gram durian mengandungi 436 mg potassium, iaitu lebih tinggi dari pisang. Begitu juga dengan nangka, 100 gram nangka mengandungi 448 mg potassium, lebih tinggi dari keduanya.

Atas sebab itulah, saya menggesa kepada anda yang mengenali sesiapa sahaja sama ada ahli keluarga, jiran mahupun rakan yang menghidapi penyakit kerosakan fungsi buah pinggang, khususnya yang bergantung kepada dialisis, agar BERPANTANG buah-buahan ini. Ia boleh meragut nyawa mereka.

BERPANTANG dalam erti kata mengurangkan atau kalau boleh, berhenti terus pun tak apa. Mungkin sekali sekala hanya dalam kuantiti yang sedikit, bukannya sekaligus. Secara kasarnya, pesakit buah pinggang tetap memerlukan dietary potassium yang mencukupi, iaitu sekitar 1500 ke 2000 mg sehari. Pendek kata jika pesakit mahu makan durian, maka kurangkan makanan high potassium lain seperti yang dinyatakan di atas.

Jangan pula tengahari sudah makan gulai nangka, malamnya hendak menjamah durian pula!

Saya kongsikan di sini, sebuah case study yang berlaku di sebuah hospital di tanah air.

Bahkan sebenarnya, KURMA yang kita selalu makan, mengandungi kandungan potassium yang jauh lebih tinggi. 100 gram kurma mengandungi 656 mg potassium, hampir dua kali ganda pisang.

Cumanya, kita lazimnya jarang mengambil kurma dalam kuantiti yang banyak mencecah 100 gram. Kita biasa makan ketika berbuka puasa dalam jumlah kiraan ganjil sahaja, kerana itu ia jarang memberi kesan kepada kita.

Namun awas, kerana mutakhir ini ada banyak produk yang memproses kurma. Ada yang dijadikan jus yang sudah tentu memekatkan konsentrasi potassium yang ada didalamnya. Ada yang menjadikannya cokelat, ada yang diproses dalam minuman seperti kopi dan sebagainya.

Tapi, kurma kan makanan Nabi? Makanan “sunnah”? Mustahil lah ia boleh bawa keburukan.

“Itula dengar sangat cakap doktor ni, doktor ni semua kan belajar ilmu dari yahudi, sampai tak reti nak bezakan mana sunnah. ”

Dalam bidang toksikologi, kita ada sebuah prinsip asas yang dipanggil sola dosis facit venenum, bermaksud “the dose makes the poison.”

Kita juga ada dalam bidang farmakologi, sebuah subbidang khas dipanggil farmakokinetik yang mengkaji tentang bagaimana tubuh badan manusia memproses setiap bahan khususnya ubat-ubatan.

Setiap tubuh badan manusia secara individu, mempunyai kapabiliti tersendiri memproses setiap bahan yang ada.

Bagi manusia yang sihat seperti kita, habiskan sebijik durian pun tak apa. Kerana buah pinggang kita sihat, ia boleh mengkumuhkan dan membuang potassium berlebihan.

Tetapi bagi pesakit ESRD, ini tidak boleh bagi mereka. Mereka tidak boleh mengkumuhkan potassium, sebab itulah hatta seulas durian pun boleh membahayakan nyawa mereka.

Begitu juga dengan pesakit ESRD dan kegagalan fungsi jantung. Mereka ini, PANTANG air berlebihan.

Air, benda yang bagus bagi manusia. Bahkan kita digalakkan meminum sehingga 4 litre air sehari.

Tetapi ini, tidak benar bagi pesakit ESRD dan CCF. Mereka ini, hanya dibenarkan meminum sekitar 500ml air sahaja. Sekiranya lebih, air ini tidak dapat dikumuh keluar dan akan berkumpul di kaki sembab, bahkan sehingga ke paru-paru menyebabkan sesak nafas.

Begitu juga contoh seterusnya, nasi untuk pesakit kencing manis. Benar, nasi tu makanan berkhasiat dan berzat. Namun sudah tentulah pesakit kencing manis, tidak boleh mentekedarah nasi seperti orang sihat.

Atas sebab itulah, saya mengambil kesempatan ini menyeru kepada kita semua, agar BERHATI-HATI dengan sesetengah pihak yang bermotifkan keuntungan menjual “bahan-bahan beracun.”

Mereka ini mengambil kesempatan atas keterdesakan dan atas nama “ikhtiar” seorang pesakit, serta memanipulasi dan memomokkan dengan ketakutan ke atas “bahan kimia”.

Bahkan ada yang sanggup menggunapakai nama agama. Arwah seorang ahli keluarga saya sendiri, antara yang terpedaya, mengamalkan “kopi habbatussauda” kerana terpengaruh dengan dakwaan penjualnya bahawa ia mampu menyembuhkan penyakit darah tinggi yang dihidapinya. Beliau dihasut dengan dakwaan ubat hospital tidak boleh menyembuhkan, boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang dsb, dan disuruh mengamalkan ‘perubatan sunnah’ iaitu habbatussauda. Kesudahannya, kombinasi darah tinggi yang tidak terkawal dan faktor pengambilan kaffein yang berterusan, beliau meninggal dunia akibat strok (angin ahmar).

Berhati-hatilah dengan apa sahaja yang dipanggil “natural” kerana apa yang “natural” bagi seorang, mungkin menjadi “pathological” bagi seorang yang lain.

Dapatkan nasihat doktor YANG MERAWAT ANDA, bukannya orang sebarangan, hatta saya sekalipun sering ditanya di FB “bolehkah saya ambil supplemen ini”, saya tidak akan menjawabnya kerana saya tidak mempunyai maklumat mengenai kesihatan orang yang bertanya. Saya tidak tahu fungsi buah pinggang anda normal atau tidak, fungsi hati anda ok atau tidak, apa masalah kesihatan yang anda ada.

Akhir kata, orang yang bertanggungjawab atas kesihatan anda, first and foremost adalah diri anda sendiri. Justeru buatlah pilihan yang selamat dan letakkanlah kepercayaan kepada orang yang betul. Kerana in the end, yang akan menanggung kesannya, adalah anda sendiri.

===========================================

 

Searches related to penyakit akibat durian

 

kesan makan buah durian,

setelah makan durian tidak boleh,

yg tidak boleh setelah makan durian,

akibat makan durian saat perut kosong,

penawar setelah makan durian,

efek minum kopi setelah makan durian,

manfaat makan durian,

setelah makan durian bolehkah minum obat??,

efek makan durian saat haid,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...