Sewa bot pancing muar

Untuk kali ini kami bawakan kepada anda perkhidmatan Sewa bot pancing Muar yang berpusat di muara Sungai Muar, dengan jeti yang berpengkalan naik di Parit Bunga, Muar.

pancing udang galah sungai muar

Kebiasaannya bot fiber ini digunakan oleh kaki pancing tegar untuk mancing udang galah. Saat paling seronok adalah tiap kali mata pancing ditarik oleh sang udang galah.

Sewa bot pancing Muar

Lebih menambah keghairahan apabila udang galah yang ditarik naik mempunyai sepit berwarna biru. Memang asyik bila menaikkannya.

Sewaan bot pancing udang ini yang berpusat di Parit Bunga, kebiasaanya para pemancing akan mencari lubuk-lubuk udang khususnya port udang galah Bukit Treh. Pastikan bekalan minyak petrol mencukupi, sila bawa tong minyak yang bersesuaian.

Tips: tuang minyak petrol sedikit demi sedikit supaya anda dapat mengagak bajet petrol. Ini bagi mengelakkan anda kehabisan minyak jauh dari pengkalan jeti bot.

Berbalik kepada topik asal, berikut merupakan senarai harga sewaan bot pakej bot mancing udang:

  • 2 bot panjang 16 kaki + enjin 15 kuasa kuda (sesuai untuk 3 orang) …………………… RM 80.00
  • 1 bot panjang 18 kaki (sesuai untuk 4 orang) tanpa enjin ………………………………. RM 30.00
  • 1 bot panjang 10 kaki (sesuai untuk 1-2 orang) tanpa enjin ………………………………. RM 20.00
  • 1 bot panjang 10 kaki (sesuai untuk 1-2 orang) dengan enjin 3 kuasa kuda  ………. RM 50.00

Nota:

  1. Umpun-umpun (antara umpan udang galah paling mujarab) ada dibekalkan dengan harga RM5.00 sebekas, seekor panjang seekor pendek, sila tanya semasa membuat tempahan bot mancing udang galah)
  2. Minyak bot bawa sendiri, minyak 2T percuma.
  3. Khidmat pilot @ tekong kemudi bot disediakan pada hujung minggu, RM40

Untuk tempahan pakej bot mancing udang Muar, sila hubungi Rohaili, 011-35215019

RELATED SEARCHES

udang galah sungai muar,
port memancing di muar,
mancing udang galah 2018,
umpan udang galah paling mujarab,
udang galah bukit treh,

Durian emas Muar @ Hajah Hasmah

Anak benih pokok durian ioi. Admin sendiri sebagai anak jati Muar agak lewat mengetahui bahawa nama lain durian ioi (eye-oo-eye) adalah Mas Muar atau Hajah Hasmah. Durian ioi telah didaftarkan dengan Jabatan Pertanian di Muar oleh Hajah Hasmah pada tahun 24.05.1989 dengan no klon D168. Terdapat juga kekeliruan yang mengatakan ioi sebagai no klon D101.

Anak benih pokok durian ioi mas muar

 

Ciri-ciri buah durian ioi adalah seperti berikut:

  • Buah sederhana besar, dan bulat,
  • kulit berwarna hijau perang,
  • tangkai pendek dan kecil (4cm)
  • berat purata buah 1.5kg. (admin selalu mendapat bekalan buah ioi yang besar antara 2-3kg, hasil penjagaan dan pembajaan yang baik)
  • Mudah dibuka.
  • Isi sederhana besar, pejal, dan berwarna kuning pekat,
  • Isi sederhana tebal dan rasa lemak manis dan sedikit pahit
  • Sebahagian biji kesep manakala sebahagian lagi normal.

rujukan: https://pvpbkkt.doa.gov.my

Mengikut pemerhatian kami, anatara ciri penting pada durian ioi adalah pada durinya yang agak runcing halus dan tajam.

Keistimewaan buah durian mas Muar adalah terletak pada peratusan buah masak sempurna (tidak mengkal / mangkau / loko) , iaitu sekitar 95-98%. Ini berdasarkan pengalaman kami menjual buah durian ioi secara runcit, sila rujuk port makan durian di Muar. 

Anak benih pokok durian ioi mas muar

Ketika musim durian melanda khususnya di Muar baru-baru ini , memang meriah dengan lambakan buah (durian kahwin) durian ioi dan durian D13. Kami juga tidak ketinggalan untuk menjual buah durian ioi ini.

Kami tidak teragak untuk rekomen baka klon ioi ini sekiranya anda berminat untuk membuat kebun atau ladang komersil yang diselang selikan dengan pokok durian musang king, durian duri hitam serta durian udang merah.

Rasa durian Mas Muar ini memang enak pada kami, sesuai untuk digunakan dalam cendol durian, pelbagai masakan kuih dan kek pastri berasaskan durian dan aiskrim.

Jom kita tonton video yang kami upload di youtube untuk rupa serta karektor anak benih pokok durian ioi dan buah durian ioi:

Anak benih pokok durian ioi

Sekiranya anda berminat dengan anak benih durian ioi ini, bolehlak klik butang dibawah berikut untuk pembelian atau untuk kombo pelbagai benih pokok durian, whatsapp kami di https://www.wasap.my/601158961229/b.benih.ioi

Semenanjung RM70 untuk 2 pokok + pos, klik add to cart untuk beli

——————————————
Sarawak RM70 sepokok + pos, klik add to cart untuk beli

——————————————-

Lihat juga  Sila lihat senarai penuh di sini untuk pelbagai anak benih pokok buah-buahan dan juga baja.

Anak benih pokok durian ioi, Anak benih pokok durian hajah Hasmah, Anak benih pokok durian emas Muar,

Anak benih pokok durian Kim Hong D198

Anak benih pokok durian Kim Hong dengan no klon D198 ini merupakan buah durian yang mempunyai peminatnya yang tersendiri (digemari oleh kebanyakan peminat dan otai durian). Namun begitu, ia tidak popular jika dibandingkan dengan durian musang king, durian duri hitam, Durian ioi, mahupun durian D24 yang lebih popular.

Anak benih pokok durian kim hong d198

Anak benih pokok durian kim hong d198
Buah durian klon him hong mempunyai saiz purata yang agak kecil. Buahnya berbentuk bulat dan sekata, berwarna hijau kekuningan dan mempunyai duri yang halus tajam.

Dari segi rasa, isinya sangat lemak manis dan sedikit pahit. Mempunyai warna kuning pucat / krim. Biasanya, keseluruhan biji kesep dan tidak boleh dibuat benih.

Saiz purata buah hanya sekitar 1-2kg, manakala bentuk bulat sekata serta isi memenuhi setiap pangsa menjadikan durian Kim Hong berbaloi pada setiap buah. Apatah lagi dengan biji yang kesep, memaksimumkan kuantiti isinya (pulp) .

Jom tonton video berikut yang telah kami rakamkan untuk gambaran lebih jelas ciri-ciri buah dan anak benih durian Kim Hong D198.

Sedikit info dan fakta ciri-ciri klon buah durian Kim Hong, D198:

Klon Kim Hong telah didaftarkan pada bulan Mac 2013 oleh Tan Sue Seng yang beralamat Lot 7424, Batu 1¼, Jalan Kangkar Senangar, Parit Sulong, 83500 Batu Pahat, Johor. Ciri-cirinya pula adalah:

  • Isi tebal
  • Biji Kesep,
  • Warna isi kuning pucat atau krim.
  • warna biji coklat pucat,
  • Ketebalan kulit buah adalah sederhana (9.24mm).
  • Bentuk kudup bunga sebelum kembang: eliptik.
  • Bentuk daun: eliptik.

Sumber – Pertanian P. Pinang

 

Sekiranya berminat dengan anak benih Kim Hong,  boleh hubungi kami,  www.wasap.my/601158961229b.kim.hong