Durian murah Muar, KL lagi murah!

Durian murah Muar, KL lagi murah!

“Durian ioi berapa sekilo? “ , soalan diajukan seorang wanita pertengahan umur. Suami disebelahnya hanya memerhati. “RM20 sekilo kak”, jawab Najwa sambil mencapai 2 sarung tangan yang disatukan untuk menjadikannya tebal. “Mahalnya dik,  KL lagi murah”, balas wanita tersebut sambil mula mengomel.  “Oklah, ambil sebiji, kalau tak sedap saya taknak bayar”, sambung ngomelan wanita tersebut.

Durian murah Muar Tangkak 2019

Sebenarnya apa yang dikatakan wanita itu memang betul. Memang betul durian KL murah berbanding durian Muar. Durian Muar mahal. Tiada lagi durian murah Muar 2019, mungkin kena tunggu tahun 2020 baru durian Muar lebih murah?

Ada netizen dalam group Facebook sudah berkira-kira minta rakan-rakan boikot durian timbang kilo. Mungkin beliau nak beli durian isi tanpa kulit, atau mungkin juga beli durian Belanda yang jauh lebih murah.

Durian udang merah Muar Tangkak

Jadi, betul ke durian Muar mahal berbanding KL? Walhal, kebanyakan peniaga durian di KL mengambil buah durian dari peraih di Muar. Wajarkah semua orang boikot durian dengan kulit (fresh durian)?

Durian KL lebih murah berbanding durian Muar yang dikatakan sebenarnya ada beberapa kemungkinan. Jom kita baca point berikut:

  1. Yang pertama sebab buah tersebut buah gred B (lebih kecil)  berbanding yang puan Najwa jual bersaiz lebih besar gred A.
  2. Keduanya, berkemungkinan durian yang lebih murah adalah durian hari semalam yang tidak habis terjual.
  3. Yang ketiga, kemungkinan besar tokey durian tersebut ada ladang durian seluas saujana memandang yang ditinggalkan berbuah tanpa penjagaan racun dan baja.
  4. Anda rasa apa lagi yang perlu ditambah? Nyatakan pada ruangan komen..

Durian ioi 101 mas Muar durian murah Muar 2019

Sebagai penjual durian yang semakin masak dengan karenah buah durian dan juga peel para pelanggan, puan Najwa berhadapan dengan masalah seperti pelanggan dah buka durian tetapi tak mahu bayar sebab alasan diberikan seperti durian tak manis, isi nipis, keras dan sebagainya (ada yang betul dan patut ditukar kepada durian yang elok, ada pula yang sengaja beri alasan sebab taknak bayar).

Manakala karenah buah durian pula adalah seperti buah tak masak (mangkau), masam, cantik di luar busuk di dalam, pecah (terutama buah durian ioi, pagi gugur, petang dah mula merekah) , itu belum kira loggokan buah tak habis terjual dan sebagainya lagi.

Untuk pemilik dusun durian (Muar durian orchard), pokok durian perlu dibaja setiap kali lepas habis musim buah bagi memastikan pokok akan bebunga dan berputik pada musim akan datang. Baja durian biasanya bermula dengan harga serendah rm20/satu beg, kalau seekar dah berapa beg baja perlu dibeli. Selain itu, pokok perlu dirawat sekiranya berlaku serangan kulat atau kumbang penebuk batang. Bagi sesetengah pemilik dusun, serangan duit-duit juga memerlukan upah pekerja untuk membuangnya.

Itu belum kira lagi bila tiba musim buah pula, dusun perlu dibersihkan daripada semak samun. Memantau serangan˙ kera, tupai dan monyet “kepala hitam” a.k.a penchuri, yang  juga memerlukan kos samada dari segi tenaga, peralatan, anjing dan juga senapang patah.

Bila dilihat pada risiko karenah buah durian, sepatutnya para pembeli buah durian perlu berfikir dua kali sebelum memberikan kecaman dalam social media dengan mengatakan durian patut dijual murah sebab buah tempatan.

Dewasa ini, kerap kelihatan mereka memberikan komen pedas dan juga komen yang menampakkan kurang cerdik. Nabi saw pernah bersabda yang membawa makna lebih kurang begini, “Jika tiada perkara yang diucapkan dapat memberikan manfaat, maka lebih baik diam”.

Untuk durian murah Muar, boleh datang ke tempat kami di “Cendol Durian Syoknya Ummi” di Parit Bunga Muar. Ada kerusi meja berbumbung lengkap kemudahan tap air dan tandas (warung cendol). Selain itu, anda boleh menikmati cendol durian serta cendol musang king pada harga promosi rm15 semangkuk.

Sila klik peta berikut untuk lokasi buah durian Muar dan Cendol durian Syoknya Ummi:

Durian 6 biji rm10 durian viral Tangkak Muar

Assalamualaikum wbt. Salam Syawal sementara kita masih lagi berada dalam mood raya. Tambah menarik sebab raya kali ini ada banyak buah durian di sekitar Muar, Tangkak,  Segamat dan juga daerah lain di Johor. Untuk carian durian murah Muar 2019, minggu ini telah viral gambar dan posting “durian 6 biji rm10”.

Untuk pengetahuan anda, kami juga berniaga buah durian dan juga cendol durian di Muar Tangkak. Gerai kami tidak berapa jauh daripada gerai viral buah durian 6 biji rm10, milik en. Idris berhampiran pekan Rawang, manakala gerai buah durian kami terletak di Kampung Parit Bunga, Muar Tangkak, berhampiran Parit Ponorogo.

Durian 6 biji rm10

 

Walau bagaimanapun, malang sekali kerana gambar yang viral ini merupakan gambar tahun lepas “durian murah Muar Tangkak 2018”, yang telah dikitar semula oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Mengapa kami katakan tidak bertanggungjawab? Sebab ia telah memberikan mudarat kepada netizen. Ada yang datang ke gerai durian kami sejauh dari Pahang, Seremban,  Melaka dan juga KL, semata-mata ingin mencari durian viral 6 biji rm10.

Sehubungan itu, jika anda telah pun sampai ke Tangkak Muar, bolehlah singgah ke gerai buah durian kami, bertempat di” Cendol Durian Syoknya Ummi”, di Parit Bunga Muar Tangkak. Jemput singgah makan durian sambil menghirup cendol musang king kami pada harga promosi rm15 (berbanding harga asal rm25 semangkuk).

Sila baca: port makan durian Muar halal dan toiyiban.

Untuk tempahan, pertanyaan, booking atau pertanyaan lokaai, sila wsap www.wasap.my/601158961229/b.durian.murah.muar untuk variasi pelbagai jenis buah durian kahwin dan juga durian kampung.

Durian murah muar 2019

Harga durian untuk hari ini 20/06/2019:

1. Musang King rm28-48/kg
2. Kim Hong rm35
3. Udang Merah / D2 Dato Nina rm22
4. ioi / D13 rm16-18
5. ioi / D13 rm10-12 (gred B)
6. Kampung rm5.50-9.00

 

Harga digredkan mengikut saiz.

Untuk jenis yang sama, terdapat pilihan mahal dan murah.

Kami juga menjual durian ulas (durian siap kopek):

Harga anggaran sekotak*:

1. Musang King…… rm35 (rm90/kg)
2. Udang Merah….. rm25 (rm60/kg)
3. ioi @ 101 ……….. rm18 (rm50/kg)
4. D13 …………………rm18 (rm50/kg)
5. Kim Hong………. (rm80/kg)

Harga sekotak durian ulas akan ditimbang terlebih dahulu bagi mendapatkan nilai yg tepat dan berbaloi.

 

www.wasap.my/601158961229/b.durian.murah.muar

Durian udang merah Muar Tangkak

Durian udang merah red prawn

Durian ioi 101 mas Muar

Durian ioi 101 @ emas Muar @ Hajah Hasmah

RELATED SEARCHES

durian johor 2019, durian muar 2018, durian buffet johor 2019, durian king jb, durian viral Johor,

Durian murah di muar 2019

Terima kasih kerana singgah ke blog kami untuk carian kata kunci durian murah di muar 2019 / 2018 / 2020. Bagi tahun 2019, kami telahpun menjual buah durian sepanjang bulan Januari hingga pertengahan bulan Mac.

Sila baca: port makan durian Muar halal

Untuk musim akan datang, dijangkakan penghujung Mei dan bulan Jun akan mula dihujani dengan buah durian, samada buah durian kahwin,  mahupun durian kampung.

Update: Kini kami kembali seawal bulan Mei 2019 dengan menjual buah durian ketika bulan Ramadan dan juga disambung pada bulan Syawal. Seterusnya In Shaa Allah bulan Julai,  Ogos dan September 2019 akan dibanjiri musim buah durian. 

Update: Disember 2019, sebelum memasuki tahun 2020, Alahmdulillah kami telah mula berjualan buah durian seperti biasa.

durian murah di muar 2019

Siapa tak kenal durian, raja segala buah di Asia Tenggara. Apatah lagi kini buah durian telah menembusi pasaran Tembok Besar China. Namun, untuk pasaran tempatan sahaja, buah durian yang ada habis disapu para penggemar durian.

 

durian murah di muar 2019

 

durian murah di muar 2019

Selain daripada buah durian,  anda juga boleh duduk menikmati cendol santan sawit di warung Cendol Durian Syoknya Ummi. Terdapat pelbagai menu dan juadah disedikan di sini. Sila klik senarai menu penuh.

Sekiranya anda sampai ke Muar dan ingin mencari durian murah di Muar 2019, bolehlah wsap kami www.wasap.my/601158961229/blog.durian.murah.muar . Kami beroperasi di Cendol Durian Syoknya Ummi, Parit Bunga, Muar Tangkak.

 

Sila klik peta berikut untuk lokasi gerai buah durian Muar dan Cendol durian Syoknya Ummi:

Update stok durian:

20/02/2019

Durian mas muar (ioi @ no klon D168), chap mia,  Gang hai, Musang king @ kunyit, kucing tidur, D13, dan durian kampung. =========================

Update stok durian hari ini 22/02/2019:

1. Durian kampung rm10/kg
2. Durian D13 rm20/kg
3. Durian ioi Mas Muar D168 & Durian D2 …rm25/kg
3. Durian Gang Hai D199 …rm15

Update stok durian hari ini 23/06/2019:

1. Durian kampung rm6/kg, rm8, rm10/kg.
2. Durian D13 / ioi / 101 rm10/kg – rm19/kg.
3. Durian Gang Hai D199 buah kecil …rm10, rm12/kg

4. Durian udang merah / red prawn rm22/kg

5. Durian Kim Hong rm38/kg

 

 

Durian buffet Muar

RELATED SEARCHES
durian 2018,
l durian orchard muar,
durian buffet johor jaya,
durian buffet johor 2018,
jb durian buffet 2018,
durian murah di muar 2018,
longan durian king buffet,
l durian orchard muar address,

Durian buffet
RELATED SEARCHES
buffet durian 2018
durian buffet kl
durian buffet kl 2018
ss2 durian buffet 2018
ss2 durian buffet 2018 price
durian buffet wangsa maju
durian ss2 price 2018
sinnaco durian