Mencari durian murah Muar 2021

Mencari durian murah Muar 2021? Berita baik buat para peminat dan pencinta durian. Musim durian Muar 2021 bakal menjelma, In Shaa Allah pada penghujung bulan Januari 2021, dan akan berlarutan sehingga bulan Mac 2021.

Klik sini untuk senarai harga durian muar Tangkak musim Mei, Jun, Julai 2021

Klik sini untuk senarai harga durian Muar 2022 (Januari-Mac)

Ini berdasarkan putik dan bunga yang sedang berkembang di atas pokok, pada pokok-pokok durian di ladang dan kebun durian sekitar Muar ketika ini. Sila saksikan video yang kami rakam di bawah:

durian murah muar 2021 durian murah tangkak 2021

Walau bagaimanapun, bagi musim durian 2021 ini, kadar buah durian yang bakal gugur dijangka tidak terlalu banyak , berikutan faktor cuaca yang tidak menentu, hujan dan panas berselang seli sepanjang tempoh bunga durian berkembang. Oleh itu, banyak putik gugur menyembah bumi, tidak dapat berkembang, bertukar menjadi buah durian.

Jenis durian yang popular di Muar kebiasaanya adalah ioi (D168 Mas Muar- Hajjah Hasmah) dan juga tembaga D13. Selain itu terdapat juga buah durian musang king, duri hitam (black thorn @ ochee), Udang Merah (Ang Hae), Kim Hong, Tekka ( Musang Queen), Gang hai, XO, 88, Kasap Merah, 103, 13 1/2 (Chap Sa Pua), Tang Lai dan macam-macam lagi. Tak tersebut di sini. Maklumlah, buah durian berdaftar setakat ini mencecah 203 jenis klon, berdaftar dengan Jabatan Pertanian Malaysia.

Buat makluman anda, pada musim durian 2020, kami telah berjualan buah durian segar di gerai Durian Syoknya Ummi, bertempat di Parit Bunga, Tangkak Muar, bermula pada PKP yang awal (Mei 2020), sehingga penghujung Ogos 2020. Alhamdulillah, ramai yang datang mencari durian murah Muar dan ada yang mencari durian borong. Yang penting, masing-masing pulang dengan gembira, In Shaa Allah.

Selain buah durian segar, kami juga membekalkan pelbagai produk berasaskan durian, seperti cendol durian, durian shake float, durian goreng, durian crepe, paste durian frozen, tempoyak dan lain-lain. Semuanya di bawah jenama Syoknya Ummi.

Jumpa anda di Muar bulan depan.

Related searces to durian murah Muar 2021:

durian murah di muar 2020, durian murah muar 2020, durian murah tangkak 2020, durian segamat murah 2020, musim durian terkini 2020, durian murah 2020, musim durian di johor 2020, durian murah di johor 2020

Pembekal isi durian frozen JB

Kami adalah Pembekal isi durian frozen JB. Isi durian in English dipanggil sebagai durian paste, durian mud atau durian puree. Manakala isi durian dalam bentuk ulas pula dipanggil sebagai durian flesh atau durian pulp. Produk kami 100% isi durian tanpa campuran, manakala ada sesetengah produk dicampur gula untuk menjadikannya puree durian.

Sebelum ini, kami pernah bercerita dan mempromosikan tentang durian crepe JB, di mana para peminat durian crepe di kawasan Johor Bahru, boleh mendapatkannya pada stokis produk Syoknya Ummi di JB, iaitu Pn. Aisah di talian +60 19-737 6639 atau whatsapp wasap.my/60197376639. Atau hubungi kami terus di sini

Lokasi stokis durian crepe Syoknya Ummi JB adalah di Pulai Indah, anda boleh walk in ke sana untuk mendapatkan stok atau bagi yang jauh, boleh juga menggunakan khidmat runner untuk COD, servis penghantaran. Cas akan dikira berdasarkan 1 kilometer = RM1.00.

Setakat ini, produk-produk Syoknya Ummi yang ada pada stokis JB kami adalah:

  1. Durian crepe 6 pcs = rm14.00
  2. Durian box (isi durian tanpa kulit)
  3. Durian paste @ isi durian frozen rm60/kg.

Durian crepe jb durian crepe area jb

Pembekal isi durian frozen JB

Pembekal isi durian frozen JB

Berikut kami senaraikan harga bagi durian box:

#DurianBox
#DurianBoxSyoknyaUmmi #DurianSyoknyaUmmi
#SyoknyaUmmi
#ProdukMuslim

Variasi durian siap kopek dengan klon terpilih. Sila wsap terlebih dahulu untuk stok terkini. Harga setiap box:

  1. Musang King…………………………. RM 58.00
  2. Tekka @ Musang Queen ……….. RM 45.00
  3. Udang Merah ……………………….. RM 40.00
  4. Kim Hong (Golden Phoenix) ….. RM 45.00
  5. XO (Johor)……………………..……… RM 40.00
  6. D24 …………………………………………… RM 34.00
  7. D13 ………………………………………….. RM 34.00
  8. IOI …………………………………………… RM 34.00

=====================================

1kg packaging*

  1. ioi @ 101 ……………………….. RM 98.00
  2. Tembaga D13 ………………… RM 98.00
  3. Musang King …………………. RM 145.00

*Untuk pack 1 kg, Minimum order adalah 5 kg.

====================================

Sila whatsapp kami www.wasap.my/601158961229/cod.durian.box.Muar.Melaka

Cod sekitar JB, Muar dan sebahagian Melaka. Cas mengikut jarak dari tempat kami.

searches related to pembekal isi durian frozen jb:

pembekal isi durian frozen, pembekal isi durian frozen melaka, pembekal durian paste, pembekal isi durian d24, harga isi durian, durian crepe johor bahru, pemborong durian, durian crepe di johor bahru, pembekal durian paste,
durian paste supplier malaysia, pembekal isi durian frozen, pembekal isi durian d24, pemborong durian, pembekal isi durian frozen melaka, harga isi durian, durian paste supplier malaysia, durian puree supplier malaysia, durian supplier malaysia, durian factory in malaysia, durian frozen, durian online malaysia, supplier durian, durian manufacturer malaysia, durian association malaysia, pembekal isi durian frozen, pembekal isi durian frozen melaka, pembekal durian paste, pembekal isi durian d24, pemborong durian, harga isi durian, isi durian in english,

Ciri-ciri durian XO Johor definisi dan character

Ciri-ciri durian XO Johor. Untuk makluman anda, durian XO Johor samasekali berbeza dengan durian D24 XO Pahang. Mengikut pengalaman dan pengamatan kami, durian XO agak kurang dikenali peminat durian, khususnya pembeli Melayu.
Walaupun sebelum berkecimpung dalam perniagaan durian, kami sering melihat label XO di gerai-gerai durian sepanjang jalan Muar Tangkak. Mungkin ini disebabkan durian XO tidak mempunyai warna yang menarik dan garang. Warna isi durian XO adalah krim kuning pucat sahaja, berbànding warna durian kegemaran ramai seperti kuning diraja (musang king), kuning bumblebee (ioi), kuning oren pekat (D13 , Tang Lai), dan lain-lain lagi.
Ciri-ciri durian xo karakter
 Selain itu rasa isi durian xo juga kurang digemari oleh sebahagian besar pelanggan Melayu kami, kerana dikatakan menyamai rasa air arak whiski xo (samsu xo), yang ada sedikit rasa masam. Mungkin juga sepanjang kami berjualan, kami tidak menjumpai pelanggan Melayu yang betul-betul gemar rasa durian XO, kerana kami jarang menyimpan / mengambil stok buah xo disebabkan faktor permintaan yang rendah dikalangan pelanggan kami.
 Ini jauh berbeza  jika dibandingkan dengan buah Tekka, yang agak kerap meniti dibibir para pelanggan kami, walaupun ramai telah maklum akan harga tekka yang agak mahal. ditambah pula dengan sifat Tekka yang kurang mesra “ulas”.
 Mari kita baca maksud definisi wiski xo:
 ….
What is XO whiskey?
XO stands for Extra Old, and it describes a Cognac consisting of eaux-de-vie that have been aged in oak barrels for a minimum of six years. However, XOs often have a much older average age, with many XO Cognacs being 20 years old and older. 
Untuk karekter buah dan isi durian xo, apa kata kuta tonton video yang telah kami rakam ini.

Buat pengetahuan anda harga durian XO yang telah kami jual di #DurianSyoknyaUmmi di Muar sepanjang musim Mei-Ogos 2020, harga buah gred A sekitar RM35/kg, manakal harga buah durian XO gred B pula sekitar RM20.00 sahaja.
Setakat itu sahaja kali ini untuk ciri-ciri durian xo daripada kami, jumpa lagi dalam blog post yang lain, sekiranya bermanfaat sila like, share dan subscribe youtube serta blog kami. Terima kasih.