Benih pokok harum manis Muar Tangkak

Kami pembekal benih pokok harum manis di Muar Tangkak Melaka. Benih harumanis kami berketinggian dia antara 2-3 kaki.

Benih pokok harum manis

Pokok mangga harumanis semakin digilai kerana kelazatan dan kemahsyuran buah mangga harumanis yang semakin mendapat tempat dalam masyarakat kita.

Boleh whatsapp terus www.wasap.my/60187791008/harumanis

Benih pokok harum manis

Jom kita baca petikan daripada wikipedia berkaitan mangga harumanis

==========================

 

Harumanis atau arumanis ialah sejenis kultivar mempelam yang ditanam di Indonesia dan Malaysia. Di Malaysia, buah ini sinonim dengan negeri Perlis. Digelar harumanis kerana ia mengeluarkan aroma yang harum dan rasanya yang manis. Isinya yang tebal kekuningan serta rasanya yang enak dimakan bersama pulut sebagai salah satu sajian tradisi di negeri Perlis. Ia juga enak dimakan begitu sahaja ataupun diproses dalam bentuk jus atau jem.

Kawasan pertanian di Bukit Bintang dan Sungai Batu Pahat merupakan kawasan pengeluar utama mempelam jenis ini di Malaysia. Keluasan penanaman mempelam adalah 1,000 ekar dan hasil pengeluaran tahunan adalah antara 300 hingga 500 tan. Pusat ini juga merupakan pusat jualan mempelam harumanis.

Buah harummanis mahal kerana permintaan melebihi pengeluaran, perlu penjagaan yang sangat rapi dan kualiti buah itu sendiri

harga harummanis pada tahun 2014 antara RM23 – RM26
harga harummanis pada tahun 2015 antara RM25 – RM27
harga harummanis pada tahun 2016 antara RM30 – RM40
harga harummanis pada tahun 2017 antara RM50 – RM60

 

Teknologi benih harumanis sepanjang tahun

Musim mempelam harumanis adalah pada bulan April dan Mei pada setiap tahun, selama hanya sebulan atau sebulan setengah. Kini dengan teknologi yang telah dijalankan oleh Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), mempelam Harumanis mampu mengeluarkan buah sepanjang tahun dengan menggunakan kaedah penanaman di bawah struktur perlindungan hujan. Kajian percubaan pengeluaran mempelam Harumanis sepanjang tahun telah dijalankan sejak tahun 2011 sehingga kini di bawah Prof. Madya Dr. Mahmad Nor bin Jaafar dan dikawal selia oleh En. Ahmad Azudin Bin Nordin dan En. Hishamuddin bin Che Mat.

Untuk maklumat lanjut berkenaan teknologi rumah hijau harumanis tersebut anda boleh melayari laman sesawang di http://insat.unimap.edu.my

Facebook Comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 thoughts on “Benih pokok harum manis Muar Tangkak”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge