Qurban online Kemboja

Qurban online untuk umat Islam di Kemboja. (dan juga akikah online)

qurban online

Menyusuri negara Cambodia (Kemboja), menyaksikan kesan peninggalan sejarah hitam Parti Komunis Kampuchea, yang dikenali sebagai Khamer Rouge. Kepedihan dan kesengsaraan pemerintahan kuku besi Pol Pot telah merencatkan pelbagai pertumbuhan negara, baik dari segi ekonomi mahupun kemajuan Kemboja.

Pada kebiasaannya, orang Islam Kemboja bekerja sebagai petani atau nelayan. Ada juga yang memilih menjadi peniaga kecil-kecilan. Dengan purata pendapatan sehari di antara RM5 – RM10 sahaja, jelas menggambarkan situasi mereka sebagai miskin tegar untuk lebih kita fahami. Pastinya sukar untuk membayangkan keadaan kita jika terpaksa menyara keluarga dengan pendapatan sebanyak itu.

 

Perbezaan Qurban dan Aqiqah klik SINI

Hukum dan pengertian Qurban KLIK SINI

 

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Sedar tak sedar, itulah hakikat yang terpaksa ditelan oleh warga Islam Kemboja. Kita di Malaysia jauh beribu kali lebih mewah dan senang. Sebagai contoh, harga sekilo daging di Kemboja adalah RM32, bersamaan 36 ribu rial, satu jumlah yang amat-amat mahal, tak termampu untuk mereka membelinya.

Justeru, menjamah juadah hidangan daging agak mustahil bunyinya bagi kebanyakan Melayu Kemboja (Islam). Apa yang diharap, adalah sedeqah dan sumbangan umat Islam pabila tibanya musim hari raya haji, iaitu saat para muslimat berlumba-lumba menunaikan ibadat korban. Ini bermakna mereka hanya makan daging setahun hanya sekali. Menyedihkan bukan?

Kita di Malaysia secara purata, tidak menjadi masalah untuk membeli dan menikmati juadah daging. Dan, Alhamdulillah, ramai yang perihatin dengan situasi yang berlaku di negara-negara yang mempunyai umat Islam yang hidup dalam negara yang bergolak atau miskin. Contoh negara Palestin dan Kemboja adalah antara tempat yang lebih memerlukan kita menyalurkan ibadah qurban, berbanding bumi kita Malaysia.

Qurban online adalah pilihan yang tepat dan efisyen bagi kita untuk menghulurkan sumbangan. Inshaa Allah ibadah korban ini akan menjadi lebih bermakna sekiranya daging yang diqurban diagih dan dinikmati oleh mereka yang benar-benar miskin dan memerlukan.

Mungkin pilihan anda adalah satu bahagian lembu, atau boleh juga membeli seekor kambing untuk dikorbankan di Kemboja. Yang penting adalah niat yang ikhlas. Allah jua yang mampu membalas jasa baik tuan-tuan sekalian. Aamiinn

 

 

Boleh juga tengok panduan kambing untuk tips dan selok belok penternakan kambing.

Burger bakar Muar Tangkak

burger bakar Muar Tangkak. Bagi para peminat burger bakar Muar Tangkak, anda boleh menikmati makanan kegemaran anda ini di Coconut Shake Luar Biasa, yang bertempat di Parit Bunga, Tangkak (Parit Bunga sebelum ini terletak dalam daerah Muar. Selepas persempadanan semula, Kampung Parit Bunga teletak dalam pentadbiran Majlis daerah Tangkak.)

Burger bakar Muar Tangkak Ledang Lamb Chop sedap cendol durian

Lokasi yang tepat bagi Coconut Shake Luar Biasa (CSLB) adalah di tiang letrik MRTK B6, KM 7, Parit Bunga. iaitu hanya 7 kilometer sahaja daripada bandar Muar, dan 22 kilometer daripada bandar Tangkak.

Selain menyediakan hidangan burger bakar Muar dan Tangkak, CSLB juga menyediakan minuman coconut shake dan juga cendol durian. Selain cendol durian, ada satu lagi menu power yang digilai ramai, iaitu cendol cempedak. Yang lain-lain hampir sama macam kebanyakan menu cendol lain, seperti cendol durian crepe, cendol pulut, cendol kacang, cendol tapai, cendol jagung serta aiskrim

Disamping menghidangkan sajian burger bakar dipremis CSLB, perkhidmatan delivery burger (penghantaran) dibuat hingga ke depan pintu rumah, pejabat dan juga sekolah. Hanya nyatakan alamat dan juga tiang api (tiang elektrik) lokasi anda, Inshaa Allah CSLB akan sampai ke tempat anda.

 

Hubungi kami sekiranya anda ingin mendapatkan patty burger bakar daripada kami (pembekal)

 

Related popular searches :

rawang burger bakar muar

burger bakar sungai abong

burger sedap di muar

burger power muar

ikan bakar muar

burger bakar tangkak

Periuk Noxxa / Iron Philips Persatuan Suami Mithali Semalaya

periuk noxxa

Persatuan Suami Mithali Malaysia Philips Iron Periuk Noxxa

 

Semalam viral dalam media sosial apabila satu kenyataan “Persatuan Suami Mithali Malaysia” yang mengatakan hadiah terbaik tahun ini (2016) buat para isteri adalah Philips Iron atau Periuk Noxxa.

 

Iron Philips yang dimaksudkan adalah Philips PerfectCare Aqua Iron manakala periuk noxa tersebut adalah Periuk tekanan Pressure Cooker pc jenama Noxxa (dikenali dengan nama Periuk Ajaib Noxxa).

 

Apa kelebihan Iron Philips ini? Antara ciri-ciri utamanya adalah:

Menyeterika sebarang pakaian yang boleh diseterika dari sutera hingga ke linen, kapas dan kashmir tanpa perlu melaraskan suhu.

Manakala bagi Noxxa, berikut pula adalah atara ciri-ciri yang menyebabkan ramai surirumah jatuh cinta:

 

  • Memasak nasi Arab, nasi baryani, dan pelbagai jenis nasi dalam masa 7 minit sahaja.
  • *Dodol siap dimasak dalam masa 30 minit.
  • *Menyiapkan bihun goreng dalam masa 3 minit sahaja tanpa perlu celur meehoon.